fb fb fb fb fb

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi kawal kenaikan harga barang lebih berkesan

(Tan Sri Annuar Musa (tengah) mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas
bersama Tan Sri Mohd Zuki Ali (kanan) dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri)/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 30 Jun- Aspek penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan harga barangan akan terus dipergiat menerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang merupakan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pembentukan pasukan itu bukti komitmen kerajaan dalam mengurangkan kadar inflasi dan impaknya dalam kehidupan masyarakat.

Dalam masa sama, memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi.

"Penubuhan jawatankuasa ini juga adalah sebagai salah satu lagi tanda komitmen Perdana Menteri dan kerajaan untuk memastikan kadar inflasi negara kekal rendah dan subsidi bukan sahaja dikekalkan, malah kerajaan sanggup membuat bayaran lebih tinggi," kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini

Tambahnya, penubuhan pasukan itu juga bagi memperkukuh jawatankuasa berkaitan seperti, Majlis Tindakan Sara Hidup

(Tan Sri Annuar Musa mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
pasukan khas ituyangbertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup/BERNAMA)

Ismail Sabri berkata pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dianggotai Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas penubuhan pasukan khas jihad inflasi itu, Annuar berkata ia akan mengukuhkan jalinan kerjasama antara pelbagai agensi dan akan dikembangkan mengikut keperluan, selain menekankan aspek penguatkuasaan serta tindakan yang akan diambil dari semasa ke semasa.

“Tugas utama kerja pasukan khas ini tidak terhad kepada kementerian yang para menterinya telah diumumkan sebagai ahli tetapi menteri lain juga akan diundang untuk menyertai apabila ada perkara terkait dengan kementerian berkenaan.

“Beberapa agensi turut serta termasuk BNM (Bank Negara Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kumpulan pakar rujuk yang mempunyai kemahiran bagi memberi pandangan serta nasihat kepada jawatankuasa ini tentang langkah yang boleh diambil,” katanya.

Media Baharu