fb fb fb fb fb

Bantuan zakat, Johor sedia teliti cadangan tambah kadar pemberian

(Mohd Fared melakukan cerapan anak bulan Zulhijjah pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah
1443H/2022M bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha di Pejabat Daerah Pontian/BERNAMA)

PONTIAN, 30 Jun- Johor sedang meneliti dan menilai cadangan untuk menambah kadar pemberian bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Pertimbangan dibuat selepas Majlis Agama Islam Negeri Johor menerima aduan ketidakcukupan bantuan berikutan kenaikan harga barang dan inflasi yang sedang berlaku.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menyatakan kesediaan untuk terus menyantuni keperluan dan permintaan 17,000 penerima bantuan zakat.

Permohonan bantuan tambahan seperti pendidikan, kesihatan dan sara hidup bulanan juga disediakan sementara menunggu keputusan cadangan berkenaan.

"Tapi yakinlah dibawah kita ini ada had kifayahnya yang menentukan berapa banyak bantuan yang disalurkan mengikut taraf fakir ataupun miskin seseorang itu.

"Saya amat percaya dan masyarakat di negeri johor khasnya perlu beri keyakinan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor," katanya.

(Mohd Fared)

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Cerapan Anak Bulan dan Penetapan Tarikh Rasmi Aidiladha, di sini.

Sementara itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk kajian awal pembinaan balai cerap di Johor.

Satu data cerapan lengkap diperlukan bagi memastikan cerapan boleh dibuat secara berterusan dan bukan hanya bermusim.

Media Baharu