fb fb fb fb fb

Kerajaan Selangor harap bantuan ke Gaza disegerakan

Foto AFP

SHAH ALAM, 20 November- Usaha keamanan perlu dipertingkat bagi memastikan semua bantuan sampai kepada mangsa peperangan di Gaza.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap penderitaan warga Palestin dan berharap bantuan dapat disampaikan segera.

"Kita sepakat mungkin saya perlu sampaikan ke peringkat atasan yang mana usaha keamanan adalah keutamaan kita.

"Kami sedang memikirkan kerjasama di masa hadapan antara Selangor dengan Gaza, contoh dengan membina bangunan angkat yang hampir sama seperti Masjid Kampung Tunku.

"Jemaah masjid membina Masjid Kampung Tunku. Jadi kita mungkin akan melihat sekolah, klinik, hospital mahupun masjid boleh dimasukkan dalam rencana masa depan kami demi menyokong Gaza selepas keadaan aman dicapai," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby di Shah Alam, hari ini.

Pertemuan kira-kira setengah jam di Dewan Negeri Selangor diadakan bagi mengetahui situasi sebenar, selain berbincang mengenai pendekatan membantu Gaza termasuk rancangan pasca perang.

Artikel Berkaitan:
"Doa buat Gaza, moga diberi perlindungan daripada sebarang kezaliman" - YDP Dewan Rakyat
Dua lagi wartawan Palestin maut di Gaza
Perancis sedia hantar kapal perang beri bantuan perubatan ke Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM