GAZA, 20 November- Penduduk Gaza meratapi kematian wartawan Palestin, Hassouna Sleem yang merupakan antara 31 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di tengah wilayah itu pada hujung minggu.
Seorang lagi wartawan tempatan, Sary Mansour turut terkorban dalam serangan berkenaan.
Satu video disiarkan di media sosial menunjukkan Sleem melaporkan dari Gaza mengenai jumlah wartawan yang terkorban angkara Israel.
"Saya tidak tahu sama ada saya akan dapat untuk membuat satu lagi video atau tidak.
"Sebagai wartawan di Gaza, kami menjadi sasaran (zionis). Tiga rakan sekerja yang biasa membuat liputan bersama saya telah syahid," ujarnya.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh video terbabit dirakam tidak dapat dipastikan. -Reuters