(Majlis pelancaran DTNN 2030)
PUTRAJAYA, 20 September- Kerajaan menyasarkan peningkatan sebanyak 40% penggunaan teknologi nuklear di negara ini menerusi Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 yang diperkenal hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata dasar itu merupakan rangka strategi jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara..sekaligus dapat mencapai nilai pelaburan berjumlah RM2.4 billion menjelang 2030.
Jelasnya setakat ini penggunaan nuklear dalam negara telah mencapai sehingga 20% dengan hasil industri sekarang kurang daripada RM1 billion.
"Kita perlu mengakui bahawa sekarang Teknologi Nuklear Negara kita belum mencapai tahap yang sangat cemerlang dan ketinggalan daripada segi ekosistem, tetapi dengan adanya dasar yang jelas selepas ini kita akan tubuhkan Jawantankuasa Teknikal Teknologi Nuklear Kebangsaan dan mosti akan menerajui jawatankuasa ini dengan mewujudkan beberapa usaha dan inisiatif yang kita harap dapat mendekati tahap negara maju yang lain,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran DTNN 2030 di Putrajaya.
DTNN 2030 menetapkan empat Teras Strategik, 18 Strategi dan 13 sasaran utama melibatkan pihak berkepentingan dalam pelbagai sektor ekonomi yang telah dikenalpasti bagi mencapai visi dan hala tuju ekosistem teknologi nuklear negara.
Dasar itu telah mengenalpasti enam Sektor Fokus Utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear.
Ia membabitkan perubatan dan penjagaan kesihatan; makanan dan pertanian;pembuatan peranti dan peralatan; pengurusan alam sekitar dan sumber asli;aplikasi perindustrian; serta keselamatan dan sekuriti nuklear.
(Majlis pelancaran DTNN 2030)