fb fb fb fb fb

Infrastruktur, keperluan asas di Labuan perlu ditingkatkan

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 September- Infrastruktur dan keperluan asas di Wilayah Persekutuan Labuan perlu ditingkatkan ke tahap lebih baik.

Senator, Tan Seri Anifah Aman berkata wilayah itu perlu diberikan peruntukan yang setimpal menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Jelasnya, kegagalan menyediakan fasiliti sedemikian menyebabkan kurang kemasukan pelabur ke wilayah itu, sekali gus sukar mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan.  

"Labuan patut diberi perhatian dan peruntukan yang setimpal.

"Penduduk Labuan masih menghadapi keperluan asas seperti elektrik dan air.

"Sekiranya masalah ini gagal ditangani dengan sempurna, sukar kita menarik pelabur asing ke Labuan dan menjadikan Labuan destinasi pilihan pelabur asing.

"Kita tahu dengan kemasukan pelabur asing sahaja, kita dapat mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan, selain menjadi ekonomi yang menjana aliran tunai yang akan memanfaatkan penduduk Labuan," kata Anifah di Dewan Negara di sini.

Anifah turut menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli bertemu rakyat Sabah.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu