fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang pemberian subsidi menerusi pemindahan tunai- Anwar

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober -Kerajaan sedang mempertimbang pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pemindahan tunai bagi memastikan hanya golongan sasar menikmati manfaat berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu sedang diperhalusi untuk memastikan subsidi disalurkan terus kepada rakyat tempatan selain mengelak ketirisan dan manfaat kepada warga asing.

"Itu yang sedang difikir dalam beberapa langkah lain yang lebih kompleks. Cadangan pemindahan tunai itu sedang dipertimbangkan untuk urusan (subsidi) lain dan mungkin akan diumumkan", kata Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu sama ada kerajaan terbuka melaksanakan pemberian subsidi secara terus kepada rakyat menerusi pindahan tunai bagi mengelak sebarang ketirisan dalam pemberian subsidi.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO RTM)

Media Baharu