PUTRAJAYA, 9 Oktober-Kerajaan pertimbang untuk mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C.
Langkah tersebut bakal dilakukan sekiranya bekalan telur kembali pulih dan stabil.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan daripada penamatan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
"Apabila kita mengambil keputusan yang tidak popular iaitu menamatkan subsidi ayam, pada ketika itu ramai yang memperlekehkan usaha kita, kononnya harga ayam akan melambung. Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting lagi, negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan.
"Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya, Kementerian mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C", katanya
ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian, di sini, hari ini.