fb fb fb fb fb

15 negara bakal sertai AISSE 25

POSTER AISSE 25

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- 200 organisasi keselamatan dan pemain industri dari lebih 15 negara dijiangka menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25).

Acara julung kali itu merupakan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 Januari 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan bertemakan 'Asia Bersatu' merancang masa depan keamanan dan keselamatan global melalui kerjasama penguatkuasaan undang-undang.

Menurut Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, persidangan tersebut akan memainkan peranan penting dalam memfasilitasi dialog dan menggerakkan negara-negara yang menyokong bukan sahaja dunia yang lebih selamat, tetapi juga rangka kerja kerjasama yang memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan undang-undang merentas sempadan.

Matlamat penganjuran AISSE 25, selaras dengan komitmen kementerian untuk membangunkan dan memperjuangkan negara-negara aman.

Ekspo AISSE 25 dijangka menarik lebih 5,000 pelawat perdagangan, termasuk pegawai kerajaan yang akan menyertai sebagai hadirin, penceramah, dan pameran.

Kerajaan Malaysia menjemput 60 delegasi luar negara termasuk Kanada, Hong Kong, Latvia, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Taiwan, dan Turkiye dengan menyediakan program aktiviti khas.

AISSE 25 akan mempersembahkan pameran teknologi tinggi yang menunjukkan teknologi keselamatan canggih dan peralatan daripada syarikat terkemuka dalam industri.

Acara bersejarah itu menandakan permulaan persiapan peringkat kerajaan untuk AISSE 25, yang akan berlangsung dalam tempoh 111 hari lagi.

Jawatankuasa penganjuran akan diketuai oleh jawatankuasa penganjur utama yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Polis Negara, serta jawatankuasa kerja yang diketuai oleh timbalan ketua setiausaha keselamatan.

Jawatankuasa akan terdiri daripada wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd (AIS), dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE