VIENTIANE, 9 Oktober- ASEAN perlu terus bersatu bagi menjadi peneraju utama kepada keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini.
Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketegangan global yang kini terus meningkat dan polarisasi dilihat mengatasi integrasi.
Justeru perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi sehingga merugikan keutamaan dan kesatuan ASEAN.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi plenari di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta sidang kemuncak berkaitan.
Negara anggota katanya perlu menolak perkara yang cenderung menyebabkan perpecahan.
Datuk Seri Anwar berkata ASEAN mesti tegas dan berpendirian dalam menghantar mesej yang jelas kepada dunia yang ASEAN mesti kekal bersatu.