fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis meningkat

Jumlah mangsa terjejas di Perlis meningkat 681orang/Foto RTM

KANGAR, 9 Oktober-Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis setakat pukul 11 pagi tadi terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini yang dipindahkan mencecah kira-kira 681 orang daripada 223 keluarga.
 
Kesemua penduduk ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu SK Sena dan SK Arau yang dibuka sejak 12 tengahari semalam, manakala PPS SK Guar Nangka telah dibuka pukul 4.30 petang semalam dan dua lagi PPS iaitu PPS SK Arau dan SK Bintong dibuka pukul 8.30 malam tadi.
 
Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemas kini terkini memaklumkan, mereka yang dipindahkan adalah penduduk dari 25 kampung, antaranya Kampung Jarak, Kampung Titi Besi, Kampung Bakong, Kampung Alor Ara, Kampung Gial dan Kampung Kubang Gajah.
 
PPS SK Sena menempat penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu kira-kira 174 orang daripada 63 keluarga, diikuti PPS SK Guar Nangka dengan 162 orang daripada 54 keluarga.
 
Manakala PPS SK Arau dengan 136 orang dari 40 keluarga, PPS SK Kubang Gajah dengan 131 orang dari 42 keluarga dan PPS SK Bintong dengan 78 penduduk dari 24 keluarga.
 
Sehingga kini, laluan utama Jalan Santan-Sempering ke Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra ditutup kepada semua kenderaan.
 
Sebuah PPS Baharu iaitu SMK Syed Hassan turut diaktifkan dengan agensi pengurusan bencana negeri bersiap siaga memindahkan penduduk terjejas banjir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD