
LIMA, 25 Februari – Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala lebih 3,000 kediaman terjejas akibat tanah runtuh dan limpahan lumpur susulan hujan lebat berterusan di wilayah Piura, utara Peru.
- Tiga orang maut akibat tanah runtuh dan limpahan lumpur di wilayah Piura.
- Lebih 3,000 rumah terjejas, dengan banyak jalan utama tersumbat lumpur dan serpihan.
- Kerajaan isytihar darurat; puluhan keluarga dipindahkan dan bekalan elektrik terganggu.
Menurut laporan awal pejabat wilayah Institut Pertahanan Awam Kebangsaan (INDECI), beberapa jalan utama tidak dapat dilalui akibat timbunan lumpur dan serpihan.
Manakala puluhan keluarga terpaksa dipindahkan ke rumah jiran atau pusat komuniti.
Rakaman di lokasi menunjukkan kediaman dan jalan raya ditenggelami lumpur tebal selain gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan penduduk setempat.
Kejadian berlaku selepas hujan berterusan selama beberapa jam sehingga mencetuskan aliran lumpur secara tiba-tiba.
Kerajaan persekutuan turut mengisytiharkan darurat di beberapa daerah susulan hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena El Nino pesisir yang membawa hujan lebat, suhu tinggi dan ketidakstabilan atmosfera. – VIORY