Indonesia catat lebihan dagangan produk halal US$51 bilion pada 2025

Foto hiasan / RTM

JAKARTA, 2 Jun – Indonesia mencatat lebihan dagangan produk halal sebanyak US$51.17 bilion pada 2025, disokong eksport bernilai US$63.42 bilion, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dyah Roro Esti Widya Putri pada Isnin, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Minyak sawit dan derivatif kekal sebagai kategori eksport halal terbesar Indonesia.
  • Eksport produk halal meningkat pada suku pertama 2026, menunjukkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya.
  • Kerajaan merancang meningkatkan usaha promosi, pemudah cara eksport dan peluasan pasaran khususnya Amerika Latin, Afrika dan Amerika Utara.

Minyak sawit dan derivatifnya kekal sebagai kategori eksport halal terbesar negara itu dengan nilai US$34.16 bilion, diikuti produk fesyen Muslim bernilai US$8.67 bilion dan bahan kimia digunakan dalam kosmetik halal bernilai US$5.46 bilion.

Pada suku pertama 2026, eksport produk halal Indonesia mencecah US$15.64 bilion, meningkat 2.52 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, kata pegawai itu.

Kerajaan merancang meningkatkan usaha promosi, pemudah cara eksport dan peluasan pasaran, khususnya di Amerika Latin, Afrika dan Amerika Utara bagi menambah bahagian pasaran global produk halal Indonesia.- BERNAMA-XINHUA

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.