
KUALA LUMPUR, 2 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 berlaku di Itali Selatan, pada pukul 6.12 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa dikesan pada koordinat 39.3 darjah utara dan 15.8 darjah timur dengan kedalaman 246 kilometer.
- Pusat gempa terletak kira-kira 125 kilometer utara Messina, Itali.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Gempa tersebut dikesan pada koordinat 39.3 darjah utara dan 15.8 darjah timur dengan kedalaman 246 kilometer (km).
Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 125 km utara dari Messina, Itali.
METMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.