fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan sentiasa tinggikan syiar Islam, pertahan hak dan keadilan rakyat

PUTRAJAYA, 4 Julai- Kerajaan Perpaduan akan terus meninggikan syiar Islam serta mempertahankan hak dan keadilan setiap warganegara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk terus menyelamatkan bangsa, agama dan negara.

"Saya sebagai orang muslim tentunya ada tanggungjawab kepada orang Islam tapi saya juga tahu sebagai pemimpin di Malaysia dengan warganegara, saya akan pertahankan hak mereka.

"Saya tetap meninggikan syiar Islam, pastikan penghayatan lebih bermakna dan saya juga tetap pertahankan hak dan keadilan kepada setiap warganegara termasuk yang bukan Islam," katanya pada Majlis peluncuran buku Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani di sini.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu