fb fb fb fb fb

Malaysia belum ke arah gubal undang-undang syarikat media sosial

PUTRAJAYA, 4 Julai- Malaysia belum ke arah untuk menggubal undang-undang bagi memastikan syarikat media sosial bertanggungjawab terhadap kegagalan menghapus maklumat salah dan palsu daripada platform seperti yang dilaksana Australia.

Bagaimanapun kerajaan akan terus melaksanakan libat urus yang konsisten serta proaktif bersama penyedia perkhidmatan platform media sosial.

"Kita lihat terutama daripada aspek penipuan, isu jenayah yang timbul dan sebarang isu lain. Kita harap libat urus sedemikian dengan penyedia platform media soial akan bertambah baik dan kita harap kerjasama itu memadai dan mencukupi.

"Kerjasama bagi menangani platform e-dagang yang menjual produk yang melanggar undang-undang amat penting. Pemahaman undang-undang tempatan dalam negara kita sangat penting untuk mana-mana platform beroperasi," katanya kepada pemberita dalam sidang media Hari Apresiasi Industri Kurier 2023 di sini.

Menurut Fahmi, sebarang isu perlanggaran undang-undang garis panduan media sosial akan diatasi dan diselesaikan secara baik.

Australia dilapor bersedia menggubal undang-undang itu bagi memastikan syarikat media sosial bertanggungjawab menghapuskan maklumat salah dan palsu daripada platform mereka.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu