KUALA LUMPUR, 4 Julai- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan saksi daripada tiga individu termasuk seorang kenamaan yang terlibat dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan kes berkenaan.
Selain keterangan saksi kenamaan berkenaan, keterangan dua saksi utama warga China juga telah diambil.
Beberapa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang terlibat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius siasatan yang sedang dijalankan, berhubung dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa yang dilaporkan melibatkan petugas jabatan itu.
Kenyataan Ketua JPN Zamri Misman berkata, "JPN tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa."
Malah jabatan itu komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan pelbagai program pengukuhan integriti petugas.
(Foto hiasan)