fb fb fb fb fb

Elak tuduhan rambang berterusan, hapus golongan 'kacang hantu' - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 4 Julai- Siasatan terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa adalah wajar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia mampu mengelak tuduhan rambang berterusan selain menghapuskan kewujudan golongan 'kacang hantu' di kedua-dua jabatan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Jadi, untuk mengelakkan pertuduhan berterusan, perdana menteri mengambil langkah supaya siasatan dilakukan. Jika ianya benar, perkara itu mesti diperbaiki, jika sebaliknya, pencerahan perlu dilakukan.

"Kita tidak wajar melakukan tuduhan secara rambang dan dalam perkara ini yang penting ialah keberkesanan terhadap langkah-langkah yang dilakukan oleh kedua-dua agensi atau jabatan berkenaan, kerana memang mungkin ada kacang-kacang hantu yang merosakkan jabatan," katanya kepada pemberita di sini.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu