fb fb fb fb fb

Kerajaan Perpaduan prihatin isu beras dalam negara

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Kerajaan Perpaduan prihatin terhadap isu semasa khususnya berkenaan bekalan beras putih tempatan (BPT) dan harga beras putih import (BPI) kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di facebook hari ini.

Perkara itu berikutan kenaikan harga BPI di pasaran ekoran kenaikan harga beras global.

Bagaimanapun Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabatnya berkenaan perkara itu.

"Fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 buah negara yang telah menghadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri," katanya menerusi facebook.

Kerajaan cakna berkenaan perkara itu dan beberapa langkah intervensi yang diumumkan KPKM hari ini akan meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga BPI dan peningkatan permintaan terhadap BPT di pasaran.

Anwar berharap langkah tersebut akan meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.

(Tangkap layar kenyataan media Anwar Ibrahim)

Media Baharu