fb fb fb fb fb

Analisis kimia sampel stok beras akan dilakukan KPKM

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membuat analisis kimia ke atas sampel stok beras di setiap premis dalam mengenal pasti ketulenan jenis beras yang dijual di pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia sekali gus meneliti kemungkinan berlaku aspek manipulasi bekalan barangan tersebut.

Bermula esok sampel akan diperlolehi menerusi Ops Bersepadu yang dilakukan oleh penguat kuasa pelbagai kementerian yang diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foon Hin.

"Melalui OPs Bersatu ini, kita akan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas rantaian industri termasuk semua kilang-kilang besar dan stor-stor pemborong beras mulai esok.

"Sampel beras juga akan diambil di semua kilang beras, di gudang-gudang pemborong dan juga di pasar raya untuk dibuat analisis kimia," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu negara.

Bagaimanapun, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak yang dikenal pasti melakukan aktiviti menukar kampit beras, mencampurkan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) atau menyorokkan bekalan itu.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diarah untuk meningkatkan pengedaran BPT ke kawasan luar bandar termasuk kedai runcit .

Kerajaan juga akan menyalur kos pengangkutan kepada FAMA berikutan margin jualan BPT hanya 50 sen bagi kampit beras 10 kilogram.

(Mohamad Sabu)

Media Baharu