fb fb fb fb fb

Gangguan seksual kanak-kanak secara dalam talian membimbangkan - KPWKM

(FOTO FAIL)

ALOR SETAR, 2 Oktober - Kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja terutama secara dalam talian semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu berkata berdasarkan laporan UNICEF Malaysia pada 2021, sekurang kurangnya empat peratus kanak-kanak yang menggunakan internet berdepan ancaman eksploitasi dan penderaan seksual secara maya.

Ini katanya berlaku terutamanya kepada kanak-kanak yang berumur 12 hingga 17 tahun.

(Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu)

“Kadang-kadang anak-anak menggunakan talian internet untuk berkenalan dan mungkin tersilap langkah berkongsi gambar-gambar yang akhirnya boleh digunakan sebagai satu ugutan kepada mereka untuk melakukan yang lebih lagi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual, di sini.

Tambah Aiman Athirah, gangguan seksual merupakan jenayah dan fenomena negatif serta memberi kesan buruk kepada mangsa khususnya kanak-kanak mahupun organisasi.
 
Sejumlah 35 kes gangguan seksual direkodkan belaku seluruh negara melibatkan kanak-kanak tahun lalu.

Media Baharu