fb fb fb fb fb

Kerajaan perpaduan diharap tunai tuntutan hak Sabah dalam MA63

KENINGAU, 28 November- Kerajaan perpaduan diharap dapat menunaikan pengembalian tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Antaranya isu kewangan berkaitan pembayaran hasil bersih 40 peratus termasuk pungutan cukai petroleum eksport dan import.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata Sabah berhak mendapat sekurang-kurangnya RM1 bilion bersamaan 10 peratus pembayaran daripada hasil berkenaan.

Ia berbanding RM120 juta setahun yang diterima ketika ini.

"Kita berhak menerima 10 peratus sebenarnya daripada nilai import produk petroleum di Sabah yang sekarang ini kurang lebih mencecah RM10 bilion, maksudnya kita harus menerima kurang lebih RM1 bilion melalui hak duti import ke atas produk petrol," katanya.

(Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Kemuncak Rizab Biosfera Banjaran Crocker, di sini.

Program bersempena Hari Antarabangsa Rizab Biosfera yang pertama dan pengiktirafan ulang tahun Ke-50 Program Manusia dan Biosfera.

Media Baharu