fb fb fb fb fb

Kerajaan Pahang mahu undang penulis anime Jepun, selepas viralkan Kuantan

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man

KUANTAN, 14 Disember- Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang telah berjumpa dengan pihak animasi Jujutsu Kaisen pada Isnin lalu di Jepun untuk menjemput penulisnya ke negeri itu.

Ia berikutan tular di media sosial mengenai Kuantan yang disebut dalam anime popular Jepun itu, baru-baru ini.

Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man inisiatif itu sebagai salah satu langkah untuk menarik pelancong khususnya peminat-peminat anime untuk berkunjung ke Kuantan.

"Sebab kita ada beberapa cadangan termasuk daripada pihak 'creator' bagaimana cadangan untuk memorial dan cadangan untuk menjemput beliau melawat Pahang dan mengadakan program bersama peminat-peminat anime. Jadi cadangan ini telah dikemukakan masa perjumpaan di Jepun pada Isnin jadi kita tengah tunggu maklum balas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin (BPP) Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung tahun 2023 bagi daerah Kuantan, hari ini.

Terdahulu  Kuantan menjadi trending di platform media sosial selepas ia disebut oleh watak dalam anime itu, Kento Nanami.

Malah, Kuantan turut mendapat perhatian global apabila namanya disebut dalam episod terbaru anime popular, Jujutsu Kaisen musim kedua yang mana turut ditayangkan menerusi Netflix.

Dalam episod ke-42 itu, Kento menyebut dia ingin melawat pantai di Kuantan, Malaysia sebelum kematiannya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI