fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Sarawak serius soal integriti tangani rasuah

KUCHING, 28 Julai - Kerajaan negeri Sarawak serius dalam memastikan budaya integriti diamalkan pada setiap peringkat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Integriti dan Ombudsman, Dato Murshid Dr. Diraja Juanda Jaya menegaskan ia bagi memastikan tiada ketirisan berlaku seterusnya memerangi gejala rasuah.

Beliau turut menasihati setiap Ketua Kaum dan Masyarakat menjadi mata dan telinga kerajaan, dalam memastikan setiap projek yang dijalankan di kawasan masing-masing dilaksanakan dengan telus selain berhati-hati dalam menyokong sesuatu projek.

"Pihak berkuasa akan sentiasa memantau fail dokumen melibatkan integriti dan tiada siapa pun yang akan terlepas.

"Kalau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat serbuan ini akan menjejaskan reputasi, oleh itu jangan mudah menyokong sesuatu perkara tanpa pengetahuan dan usul periksa," katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Integriti di Sibu pada Rabu.

(Kempen #KAMEKSIKMOKRASUAH bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia Sarawakdi Kingwood Hotel, Sibu pada Rabu/FOTO Facebook YARMS)

Tambahnya lagi, semua ketua kaum dan masyarakat diseru untuk mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan terutamanya dalam mengurus Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) masing masing.

Media Baharu