fb fb fb fb fb

Kerajaan cadang tarik balik sekatan eksport ayam

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kerajaan bercadang menarik balik sekatan eksport ayam dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika menjawab pertanyaan tambahan wakil Bayan Baru, Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh)

"Tarikh belum ada lagi tetapi insya-Allah ia tidak lama. Kita dah ada jawatankuasa jihad inflasi. Berapa lama 2 bulan 3 bulan, saya minta maaf tak boleh nak sebut satu bulan dua bulan tapi umumnya eksport ini dah lama, keuntungan dah banyak sebulan dua bulan tu sabar dulu," katanya

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melaksanakan pelbagai intervensi untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara yang turut menyumbang kepada kestabilan harga makanan.

Antaranya, melaksanakan sekatan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun 2022 melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan.

Media Baharu