fb fb fb fb fb

400 kematian akibat merokok direkodkan setiap minggu

(Orang ramai diingatkan agar memainkan peranan dalam melahirkan generasi bebas rokok)

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Sebanyak 400 kematian direkodkan setiap minggu akibat daripada rokok.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pengambilan tembakau menjadi faktor utama pencetus kanser yang merupakan penyakit utama menyebabkan kematian di hospital.

"Produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok."

"Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, sekali gus menjadikan ramai yang merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit." kata Khairy menerusi hantaran di laman Tiktoknya bersempena kempen akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan dilahirkan selepas 2007, yang akan dibentangkan di Parlimen minggu hadapan.

(Khairy menerusi hantaran di laman Tiktoknya bersempena kempen akta untuk mengharamkan
rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan dilahirkan selepas 2007)

Tegasnya, rokok boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok dan turut membahayakan orang sekeliling.

Orang ramai diingatkan agar memainkan peranan dalam melahirkan generasi bebas rokok.

Media Baharu