fb fb fb fb fb

Kerajaan luluskan peruntukan RM192 juta, naik taraf LKIM Chendering

Foto FB Menteri

KUALA TERENGGANU, 4 Mac- Peruntukan bernilai RM192 juta diluluskan kerajaan bagi kerja menaik taraf Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terengganu.

Ia melibatkan kerja-kerja mendalamkan muara di pelabuhan bagi meningkatkan semula kemasukan bot nelayan laut dalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata dua benteng pemecah ombak yang terdapat di muara pelabuhan berkenaan juga akan dipanjangkan.

Kerja-kerja awal menaik taraf pelabuhan tersebut dijangka dilaksana bulan depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

"Pelabuhan Chendering akan dikorek dan akan dikembalikan peranannya seperti dahulu dengan peruntukkan RM192 juta. Kerajaan negeri terlibat dalam usaha menjalankan proses mengorek pasir lebih awal iaitu kurang RM3 juta.

Insya-Allah pelabuhan Chendering akan kembali aktif pada masa akan datang, menjadi pelabuhan untuk ikan mendarat termasuk bot yang lebih besar," kata Mohamad kepada pemberita RTM selepas meninjau bot nelayan laut dalam pertama negara di Pulau Duyung, di sini.


(Foto FB Menteri)

Mengulas lanjut, beliau berpuas hati kerana ramai golongan muda sudah menceburi bidang keterjaminan makanan termasuk pertanian berteknologi tinggi.

Perkembangan positif itu menunjukkan anak muda menyambut baik saranan kerajaan untuk melibatkan diri dalam bidang berkenaan.

Media Baharu