fb fb fb fb fb

14,426 pesakit buah pinggang jalani dialisis sepanjang 2022

(Dr. Zaliha merasmikan majlis penutup Program Khidmat Masyarakat sempena Hari Buah Pinggang
Sedunia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia)

SENDAYAN, 4 Mac- Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisisdi hospital kerajaan sepanjang tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Musa berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,574 pesakit mendapatkan rawatan secara hemodialisis manakala 5,852 adalah menerusi dialisis peritoneal.

"Bagi saya ia masih pada tahap yang, agak rendah dan kita berikan lebih kefahaman.

"Cumanya di antara punca penyakit buah pinggang ini ialah 'secondary causes' contohnya yang paling kerap ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Jadi kita minta, pesakit-pesakit seperti ini sedar bahawa mereka kena jaga 'primary disease' mereka itu supaya tidak berakhir dengan penyakit buah pinggang dan hemodialisis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmiam penutup Program Khidmat Masyarakat sempena Hari Buah Pinggang Sedunia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut pada 2 Mac setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan menjaga
kesihatan buah pinggang.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (dua, kiri) diberi penerangan mengenai replika Buah pinggang oleh
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Datuk Dr Norazah Nordin (kiri) ketika hadir pada program penutup Hari Buah Pinggang
 Sedunia di Kampung, Felda Sendayan/BERNAMA)

Mengakui tahap kesedaran awam mengenainya masih rendah, beliau berkata pelbagai program kesedaran termasuk pemeriksaan kesihatan dan saringan ujian penyakit buah
pinggang dilaksana Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan penjagaan organ berkenaan.

“Konsep itu mudah sahaja, kita kena cegah dari awal, jangan dah sakit baru nak ubati. Kita kena kesan lebih awal buat pemeriksaan, bukan hanya buah pinggang tetapi penyakit lain yang kadang-kadang boleh bawa kepada kerosakan buah pinggang. Ini adalah langkah pertama untuk sihat,” katanya.

Media Baharu