fb fb fb fb fb

Sultan Johor berkenan gerakkan aset baginda bantu mangsa banjir

Foto FB The Royal Johor

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, iaitu Air Boat berkuasa tinggi digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir.

Sultan Ibrahim berkenan aset milik baginda digunakan bagi tujuan tersebut berikutan banjir di negeri ini.

Jentera 'Air Boat' baginda digunakan bagi penghantaraan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli Pucur di Kahang, Kluang yang terputus hubungan.

'Air Boat' dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan.

Operasi turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air JBPM Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


(Foto FB The Royal Johor)

Media Baharu