fb fb fb fb fb

Permaisuri Johor berkenan kurniakan 5,000 unit khemah mudah alih

Foto FB Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Sebanyak 5,000 khemah mudah alih dikurniakan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) kepada semua Pejabat Daerah negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim menerusi facebook memberitahu, kurniaan tersebut untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

Setiap daerah menerima 500 unit khemah.

Baginda turut mengurniakan 2,000 unit pek kebersihan untuk penduduk terjejas.

"Menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku Permaisuri Johor sentiasa memastikan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berasa selesa dan selamat, kesemua penerima menzahirkan rasa syukur dengan kurniaan tersebut", ujar Hishamuddin menerusi Facebook yayasan.


(Foto FB Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation)

Jumlah sumbangan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan PPS di daerah.

Media Baharu