fb fb fb fb fb

Kerajaan komited perkukuh kesalinghubungan digital, infrastruktur asas

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk memastikan agihan pembangunan yang lebih adil kepada semua negeri, termasuk memperkukuh kesalinghubungan digital dan infrastruktur asas demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini penting bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dengan luar bandar serta memastikan rakyat di seluruh negara menikmati kemudahan yang seimbang.

"Apa yang diusulkan oleh YB jelebu itu sesuai kerana jangan sehinggakan kesenjangan itu terlalu melebar sehingga ada jurang yang ketara.

"Sebab itu, bila berbicara soal kesalinghubungan digital, pembangunan asas, sekolah, pengagihannya perlu lebih adil. Yang keduanya tentang ECRL, kosnya sudah mencecah RM74.90 bilion sebab itu saya ingat keputusan itu kekal," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaludin Alias di Dewan Rakyat.

Jelasnya, projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM74.9 bilion, selain tumpuan kepada pembangunan asas termasuk sekolah, kemudahan awam serta jaringan digital, adalah antara langkah utama bagi merapatkan jurang sosioekonomi antara wilayah.

Pendekatan itu sejajar dengan prinsip Ekonomi MADANI, iaitu memastikan pembangunan dilaksanakan secara lebih inklusif dan adil tanpa meminggirkan mana-mana negeri.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello