fb fb fb fb fb

Program Kembara Aku Kasih Malaysia 2025 semarak semangat patriotik

Foto RTM

PUTRAJAYA -Sebanyak 68 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara menyertai Program Kembara Aku Kasih Malaysia 2025, yang diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Datuk Dr. Roslan Hussin berkata, program itu menggabungkan elemen permotoran dengan pendekatan kenegaraan, bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Peserta kembara menjelajah beberapa lokasi terpilih sepanjang program berlangsung, sekali gus menjadi simbol penyatuan rakyat yang cintakan negara.

"Setiap hentian kembara akan diserikan dengan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat, bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni,” katanya sebelum pelepasan Program Kembara Aku Kasih Malaysia 2025, di sini. 

Kembara tersebut dijadualkan merentasi beberapa negeri termasuk Putrajaya, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, dengan setiap persinggahan menampilkan pengisian bercorak kenegaraan serta aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat.

Program Kembara Aku Kasih Malaysia 2025 dijadualkan melabuhkan tirai pada 31 Ogos ini di Pusat Latihan Kenegaraan, Alor Gajah, Melaka, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

TETITIA YUSOFF