fb fb fb fb fb

Kerajaan komited capai keseimbangan antara FDI dan DDI

(Foto BERNAMA)

PETALING JAYA, 5 Oktober- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencapai keseimbangan baik antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

Keperluan itu bagi memastikan pembangunan mampan dan seimbang di seluruh negara, selain mendengar seruan industri untuk terus mempromosikan DDI.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, DDI dilihat sebagai penanda aras bagi pelabur asing serta berpotensi, menarik lebih banyak FDI dalam mengukuhkan landskap pelaburan dan perniagaan negara.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/BERNAMA)

"Kerajaan telah DDI sebagai penunjuk prestasi utama (KPI) untuk meningkatkan jumlah pelaburan negara, memandangkan potensi DDI strategik dalam menarik lebih banyak pelaburan langsung asing menerusi rangka kerja Ekonomi MADANI", katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mewakili Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim di Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-55 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di Petaling Jaya, Selangor.

Media Baharu