fb fb fb fb fb

Kerajaan komited asingkan kuasa eksekutif, badan perundangan dan kehakiman - Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Kerajaan terus komited memisahkan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman bagi memastikan memastikan integriti institusi perundangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata untuk mencapai matlamat berkenaan kerajaan memerlukan ketiga-tiga cabang untuk berpegang teguh kepada fungsi dan peranan mereka bagi memastikan undang-undang itu bukan sahaja wujud di atas kertas .

Malah lebih dari itu ia mampu ditegakkan, di hormati dan  mampu ditafsirkan secara adil.

Katanya undang-undang itu perlu berkhidmat kepada rakyat dalam pelbagai cara termasuk mengekalkan keamanan, memberikan keadilan serta memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Jelasnya lagi sebagai bertanggungjawab terhadap undang-undang dan reformasi institusi, beliau akan terus mendengar suara pelajar undang-undang dan suara anak muda serta menyediakan platform untuk mereka menyuarakan suara mereka.

"Saya berharap, saya sebagai menteri seorang yang bertanggungjawab dalam Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi saya boleh jamin untuk meneruskan suara-suara dimana saya boleh menyediakan platform untuk anda semua," kata Azalina, di sini.

Beliau bercakap kepada media dalam  majlis makan tengah hari bersama-sama Presiden Persatuan Undang-undang di bangunan Parlimen, di sini.

TETITIA YUSOFF