fb fb fb fb fb

LPTA kemas kini syarat lesen Lynas

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang

 KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Lembaga Perlesenan Tenaga Atom; LPTA mengemaskini beberapa syarat lesen operasi syarikat pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia meliputi kebenaran mengimport bahan mentah mengandungi bahan radioaktif semula jadi; NORM sehingga tamat tempoh sah lesen, pada Mac 2026.

"Pertimbangan ini juga membenarkan aktiviti Cracking & Leaching (C&L) diteruskan tertakluk kepada syarat bahawa Lynas hendaklah memastikan kandungan radioaktif dalam residu Water Leach Purification (WLP) di bawah 1 Bq/g melalui program R&D yang diterajui oleh pakar tempatan,"katanya.

Tambahnya, keputusan LPTA berdasarkan dapatan kajian awal di peringkat makmal yang menunjukkan bahan radioaktif thorium boleh diekstrak keluar daripada sisa WLP.

Sisa tersebut boleh dilepaskan daripada kawalan perundangan bawah Akta 304.

Beliau yakin syarat diperbaharui ini akan memastikan operasi berkaitan menepati kawalan perundangan, melindungi kepentingan rakyat dan mampu menarik pelaburan bernilai tinggi dalam industri nadir bumi tempatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE