fb fb fb fb fb

Kerajaan kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat

KUALA LUMPUR, 1 Januari  - Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji maklumat berkenaan suntikan dua dos vaksin COVID-19 Sinovac dan dos penggalak Pfizer.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini susulan dakwaan bahawa suntikan dua dos vaksin tersebut yang menunjukkan tindak balas imun rendah melawan Omicron.

Setelah itu, syor akan dibuat kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Serta akan mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat.

Namun jelasnya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

 

Media Baharu