fb fb fb fb fb

Langkah jangka panjang pastikan risiko banjir diminimumkan dibincang

TEMERLOH, 1 Januari - Langkah jangka panjang dan menyeluruh, diberi tumpuan dalam memastikan risiko dan kerosakan akibat banjir dapat dikurangkan pada masa depan. 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Isnin ini.

Kerajaan juga akan mengenal pasti lokasi yang berisiko dinaiki air.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah persediaan menghadapi gelombang banjir kedua.

"Setelah tamat semua pasca banjir dah selesai kita akan bermesyuaratlah melihat perkara keseluruhan bagaimana kita nak selesaikan secara tuntas secara semua sekalilah secara komprehensif secara menyeluruh isu yang berkaitan dengan banjir, sungai kalau perlu didalamkan kita akan dapatkan laporan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ." Kata Datuk Seri Ismail dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Keluarga Malaysia kepada penduduk terjejas banjir  Parlimen Temerloh di Lanchang, Pahang.

Tambahnya lagi, melalui jawatankuasa itu pihaknya akan mengenal pasti lokasi potensi banjir yang perlu diutamakan sebelum melibatkan kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan buat agensi keselamatan menghadapi banjir.

Media Baharu