fb fb fb fb fb

Perniagaan spa, kerajaan kaji keperluan pembekuan permohonan lesen baharu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 1 Februari - Kerajaan akan mengkaji keperluan pembekuan permohonan lesen baharu perniagaan spa, refleksologi dan urutan terutama di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat terperinci berkaitan perkara tersebut sebelum membuat tindakan lanjut.

"Sebelum kita buat apa-apa keputusan kita kena dapatkan juga contohnya statistik dan kemudian kita juga kena tengok isu-isu yang berkaitan bagi lesen di kawasan-kawasan yang telibat dengan Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur dan sebagainya.

"Kalau perlu mungkin kita akan laksanakan, tetapi sebelum hendak laksanakan itu, saya lebih selesa kalau misalnya kita dapatkan dulu semua maklumat yang diperlukan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Sambutan Bayi Hari Wilayah Persekutuan di Hospital Putrajaya, di sini.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengumumkan pembekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, refleksologi dan urutan, bermula hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN