fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor usahakan WiFi di PPS yang mempunyai liputan rendah

JOHOR, 4 Mac- Pemasangan perkhidmatan WiFi sementara akan diusahakan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor yang mempunyai liputan rendah.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh memberitahu, jaringan telekomunikasi di semua PPS di Johor terus dipantau pihaknya.


(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh ketika melawat dan membuat tinjauan di Kg Batu 1)

Buat masa ini, hanya satu laporan berkaitan liputan telekomunikasi kurang memuaskan diterima melibatkan PPS di Sri Medan, Batu Pahat.

“Saya juga akan memantau jaringan telekomunikasi di seluruh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam Negeri Johor.

Sekiranya ada tempat yang mempunyai liputan rendah, kami akan usahakan pemasangan wifi sementara di PPS-PPS terlibat,” katanya menerusi Facebook.

Media Baharu