fb fb fb fb fb

Sijil SSM musnah akibat banjir digantikan secara percuma

BATU PAHAT, 4 Mac- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) milik peniaga yang musnah akibat banjir akan digantikan secara percuma.

Perkara tersebut dijamin Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kata beliau ia sebahagian insiatif KPDN meringankan beban peniaga dari segi kos, kerana menghadapi kesukaran semasa banjir.

KPDN juga telah mengagihkan lebih 5,000 bantuan Bakul Rahmah dan Bank Makanan ke setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam negara, termasuk Johor dan Pahang.

Bantuan terdiri daripada makanan kering akan dipertingkat dari semasa ke semasa manakala Jabatan Kebajikan bertanggungjawab menyediakan makan tengah hari dan malam.

Selain itu, KPDN bekerjasama dengan beberapa rakan strategik dan pemain industri bagi menghantar bantuan segera kepada penduduk terjejas di
Johor.

"Maka sudah pasti bila luar jangka, memerlukan peralatan dan bantuantambahan. Alhamdulilah pemain industri dan rakan-rakan strategik telah dengan segera menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, selimut dan bantal yang diperlukan pada musim sejuk semasa banjir," kata Salahuddin semasa melawat 394 penduduk terjejas daripada 100 keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Pekan Parit Yaani di sini.


(Datuk Seri Salahuddin berkata sijil SSM musnah akibat banjir digantikan secara percuma)

Media Baharu