fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor tidak bercadang lakukan rombakan EXCO

ISKANDAR PUTERI, 27 September- Kerajaan Johor tidak bercadang melakukan rombakan barisan EXCO negeri ketika ini berikutan situasi politik dan pentadbiran yang masih stabil.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata cadangan untuk melaksanakan rombakan juga merupakan perkara yang sukar dilaksana dan memerlukan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Kerajaan ini ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) jadi Pilihan Raya Negeri (PRN) kita buat sebelum PRU, sebab itu kita punya EXCO kita semua daripada Barisan Nasional (BN). Tetapi kita semua sentiasa berlaku adil, setiap rakan-rakan daripada pihak Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), semua mereka mendapat peruntukan sama seperti Ahli Dewan Undangan NegeriĀ (ADUN) BN," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung cadangan daripada wakil rakyat PH supaya rombakan EXCO dibuat seterusnya membentuk Kerajaan Perpaduan seperti yang dibuat di peringkat persekutuan.


(Beliau menjawab pertanyaan media berhubung cadangan daripada wakil rakyat PH
supaya rombakan EXCO dibuat seterusnya membentuk Kerajaan Perpaduan
seperti yang dibuat di peringkat persekutuan.)

Media Baharu