fb fb fb fb fb

Kerajaan cadang naikkan elaun kesusahan pasukan SMART

 

SEPANG, 17 Oktober- Kerajaan bercadang untuk menaikkan bayaran elaun kesusahan kepada 141 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan SMART antara pasukan terbaik di dunia dan telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

"Mereka juga mendapat pengiktirafan daripada beberapa agensi bawah PBB. Ini memperlihatkan bahawa pengiktirafan ini bukan hanya daripada Malaysia.

"Kami diJawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah mencadangkan agar pasukan ini diperbesarkan, kini pasukan Smart dianggotai 141 orang dan melibatkan tiga agensi utama, kita mencadangkan supaya keterlibatan sekurang-kurangnya tujuh agensi lain, pasukan kesihatan hendaklah dimobilisasikan dan untuk itu adalah munasabah jika elaun mereka, elaun kerja keras itu dapat dipertingkatkan,"katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 di Markas SMART, Pulau Meranti hari ini.

Tambah Zahid, cadangan itu untuk memberi motivasi dan menghargai pasukan Smart yang bertungkus-lumus setiap kali berlaku bencana.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan
Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 di Markas SMART)

Media Baharu