fb fb fb fb fb

1,500 mahasiswa sertai Program Semarak Tranformasi Siswa Madani Selangor

 

KAJANG, 17 Oktober- Jabatan Komunikasi Komuniti JKOM dengan kerjasama Himpunan Siswazah Kebangsaan (HIMSAK) merasmikan Program Semarak Tranformasi Siswa Madani Selangor hari ini.

Program yang menerima hampir 1,500 penyertaan mahasisiwa Universiti Islam Selangor (UIS) itu antara usaha dalam mendekati dan menyatuni kumpulan mahasiswa menerusi program yang berkonsepkan patriotisme.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ismail Yusop berkata dengan pengajuran program sebegini diharap para mahasiswa memahami serta jelas akan kepenting mendokong usaha kerajaan dalam memajukan negara secara kolektif.

Sementara itu menerusi Pelancaran Duta Komuniti Madani Peringkat Negeri Selangor, mahasiswa disaran menjadi duta dan benteng kepada kerajaan dalam mendepani ancaman berita palsu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan Program Semarak Tranformasi Siswa Madani Selangor di Kajang Selangor.


(Datuk Ismail Yusop)

Media Baharu