fb fb fb fb fb

Pelan Liberalisasi Visa beri sumbangan besar kepada ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memuji langkah kerajaan memperkenal Pelan Liberalisasi Visa Malaysia ketika memulakan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Wee berkata perkara itu dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan pembangunan negara

"Pertama, pengenalan pas lawatan sosial jangka panjang untuk pelajar antarabangsa yang dah tamat pengajian bagi tampung keperluan tenaga mahir industri di Malaysia itu sangat tepat.

Kedua, tambah baik kemudahan visa on arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa terutama di negara India dan China kerana merupakan pasaran besar.

"Ketiga memudah cara kelulusan pas pengajian bagi pelabur strategik dalam sektor utama itu sangat penting kerana pelabur akan bawa duit masuk ke Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat.

Dalam sesi sama Wee turut menyokong keputusan melonggarkan syarat permohonan Malaysia My Second Home (MM2H).

Perkara tersebut dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan dan industri hartanah negara.

"Kriteria permohonan tidak boleh terlalu tinggi dan rigid seperti jumlah simpanan tetap di bank dan kurang fklesibiliti dari penggunaannya dan bukti pendapatan bulanan lebih RM40,000 sebulan yang tidak realistik dan kurang daya saing dengan negara jiran," katanya.

Bagaimanapun, Wee berharap agar MM2H diuruskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bukannya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

Media Baharu