fb fb fb fb fb

Longi labur RM1.8 bilion bina tiga kilang di Serendah

(Majlis Perasmian Kilang Modul Longi Malaysia)

HULU SELANGOR, 17 Oktober- Pengeluar panel solar terbesar China, Longi Green Energy Technology Co. melabur sejumlah RM1.8 bilion bagi membina tiga kilang pengeluaran di Serendah, Selangor.

Naib Presiden Pusat Pengeluaran Antarabangsanya, Ngieng Sii Jing berkata Malaysia dipilih sebagai destinasi pelaburan pilihan berikutan dasar tenaga boleh diperbaharui yang sejajar matlamat syarikat tersebut, selain kemahiran pelbagai bahasa bakat tempatan.

Beliau berkata, pelaburan itu akan turut memperkukuh kedudukan negara dalam aspek tenaga bersih dan mampan di peringkat global, disamping membuka peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

"Bagi fasa pertama, kami akan menawarkan 800 peluang pekerjaan. Selepas fasa kedua selesai menjelang Mac tahun hadapan, membabitkan dua lagi kilang seperti fasa pertama, kami jangka akan mengupah sehingga 2200 orang pekerja,"katanya.

Kilang pengeluaran berkeluasan 140 ekar di UMW High Value Manufacturing Park dijadual siap menjelang Mac 2024.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Kilang Modul Longi Malaysia yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pelaburan MITI, Datuk Bahria Mohd Tamil.


(Naib Presiden Pusat Pengeluaran Antarabangsa Longi, Ngieng Sii Jing)

Media Baharu