KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kerajaan bercadang untuk mengenakan kadar dua peratus caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu bagi memastikan keseimbangan antara kebajikan pekerja dan daya saing sektor perniagaan.
"Kami mengekalkannya pada dua peratus, yang sangat minimum. Cadangan awal ialah 12 peratus, tetapi Kabinet telah mengambil kira pelbagai pertimbangan. Jadi, kami memutuskan untuk mengekalkannya pada 2 peratus buat masa ini.
"... dan kami akan menunggu sehingga keadaan bertambah baik. Pada ketika ini, kami akan mengekalkan 2 peratus, kekal keputusan itu. Tidak ada kebimbangan mengenai ia bertambah. Jika tidak, kami akan meningkatkannya melebihi 2 peratus", katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) di ibu negara.
Ketibaan Perdana Menteri diiringi Presiden ACCCIM, Datuk Ng Yih Pyng dan barisan menteri Kabinet.
Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.