fb fb fb fb fb

Kerajaan cadang bina empat mahkamah baharu di Sarawak

FOTO : BERNAMA



KUCHING, 9 Januari - Lima cadangan projek pembangunan fizikal baharu melibatkan mahkamah baharu dan rumah kediaman rasmi hakim di negeri Sarawak untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan memaklumkan ia bagi menampung jumlah kes yang semakin meingkat di negeri berkenaan.

Jelasnya, cadangan projek baharu itu sedang dipertimbangkan oleh pihak Unit Perncangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Ia merangkumi pembinaan empat mahkamah baharu di Limbang, Sri Aman, Mukah dan Kapit, Sarawak.

Cadangan itu juga merangkumi pembinaan satu unit kediaman rasmi Hakim Besar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching.

Media Baharu