fb fb fb fb fb

Dua lot kedai musnah dijilat api



JITRA, 9 Januari - Dua buah lot kedai musnah di pekan Tok Jalai, Jitra, Kedah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Kebakaran kedai papan dua tingkat itu disedari kira-kira pukul 9.56 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyatannya berkata dua jentera bomba ,masing-masing dari Jitra dan Alor setar bersama 20 anggota bergegas kelokasi kejadian sebaik dimaklumkan.

Tindakan pantas anggota bomba dengan dibantu anggota bomba sukarela berjaya memadamkan kebakaran.

Kebakaran menyebabkan beberapa buah motosikal yang diletakkan berdekatan turut mengalami kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Media Baharu