fb fb fb fb fb

Kerajaan belanja RM6.2 bilion rawat penyakit akibat merokok

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi merawat pesakit merokok pada tahun 2020.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kos rawatan itu dijangka meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang tahun 2030.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar / FOTO FAIL)

"Ramai mungkin tidak tahu kos yang ditanggung kerajaan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai produk tembakau iaitu hanya sekitar RM3 bilion," kata Khairy menerusi hantaran di laman Tiktoknya.

Tambah Khairy, kos rawatan bagi seorang pesakit rokok elektronik (Vape) atau Vaping Associated Lung Injury (EVALI) juga semakin membimbangkan.

"Bagi seorang pesakit EVALI lebih RM150,000 diperlukan bagi tempoh 12 hari kemasukan ke hospital. Ia sangat mahal, industri rokok elektronik atau vape sekarang adalah tidak dikawal.

"Dengan adanya Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, industri rokok elektronik dapat dikawal selia. Kita boleh pastikan cecair vape yang dijual dikawal dengan baik dan lulus ujian makmal, jadi pengguna tidak akan jatuh sakit," katanya.

Media Baharu