fb fb fb fb fb

Kedah cadang pemasangan sistem amaran awal demi keselamatan penduduk

(FOTO FAIL)

ALOR SETAR, 28 Julai - Kerajaan negeri akan mencadangkan supaya sistem amaran awal bencana segera dipasang di Lata Celak Kampung Iboi, Kupang di Baling bagi mengelak risiko kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda di kawasan itu selepas ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata pemasangan sistem itu sekurang-kurangnya dapat memberi peringatan kepada penduduk untuk segera menyelamatkan diri sekiranya aliran puing berulang lagi.

(Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad)

"Kita memang memberi keutamaan kepada keselamatan penduduk. Di peringkat kerajaan negeri sudah bertindak pantas dalam menangani persoalan ini dan saya difahamkan pemasangan sistem amaran ini sudah di peringkat kajian," katanya.

Tambah Najmi, pemantauan berterusan turut dijalankan pihak berkuasa di kawasan Sungai Iboi jika berlaku hujan luar biasa dan kenaikan paras air sungai.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, lebih 800 rumah penduduk terutama di Kampung Iboi serta sekitar Kupang di Baling terjejas termasuk 17 kediaman lenyap dan 18 lagi rosak teruk terkena kayu hanyut yang dibawa kepala air dari arah Gunung Inas.

Media Baharu